Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend Peringkat Wilayah Persekutuan
26 Julai 2026 | Aktiviti Terkini25 Julai 2026 (Sabtu) – Telah berlangsung perlawanan e-Sukan Saringan Peringkat Wilayah telah diadakan bertempat di NADI Presint 18, Putrajaya. Acara ini dilakukan secara virtual menggunakan aplikasi discord yang telah disediakan oleh pihak pengurus NADI e-Sukan. 26 pasukan terlibat dalam meraih tempat untuk mewakili ke peringkat kebangsaan.
Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 9.30 pagi. Pasukan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap wakil pasukan akan berentap antara kumpulan yang ditetapkan mengikut format point mata terkumpul yang tertinggi dan hanya 2 pasukan daripada setiap kumpulan yang akan layak mara ke peringkat negeri.
Perlawanan dimulakan pada jam 10.00 pagi pasukan NADI Presint 18 iaitu Pampin bertemu wakil kumpulan daripada NADI PPR Raya Permai. Perlawanan seterusnya NADI Presint 18 bertemu NADI PPR Seri Semarak, NADI PA Desa Rejang, NADI PPR Kerinchi, dan NADI PPR Sri Pantai. Keseluruhan markah, NADI Presint 18 telah mendapat tempat kelima dalam kumpulan D dengan mata 1:6.
Acara pertandingan diakhiri pada jam 1.00 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: